PEMBERITAHUAN

SILA KUNJUNGI LAMAN WEB KAMI UNTUK INFORMASI TERBARU TENTANG PROGRAM ILMU HIKMAH.

Khamis, 28 Februari 2013

Kesedaran Berwakaf

Wakaf merupakan salah satu elemen ekonomi Islam selain zakat, hibah, faraid dan sebagainya dengan cara pemilik sesuatu harta itu menahan manfaat asetnya daripada sebarang urusan termasuk jual beli di samping mengekalkan sumber fizikal untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Daripada istilah syarak tersebut, selain ia merupakan satu cara mendekatkan diri kepada Allah melalui cara menyerahkan harta kekayaan kepada jalan Allah SWT, tetapi ibadah tersebut dilihat membantu serta meningkatkan ekonomi umat Islam.

Isnin, 25 Februari 2013

Ilmu Berhasil Segala Hajat

Amalan mudah untuk diamalkan agar berhasil segala hajat.

Boleh juga digunakan untuk pengasihan, pelarisan, kerezekian dan apa sahaja hajat anda.

Khamis, 21 Februari 2013

Bina Rumah Anda di Akhirat

Suatu hari, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik berjumpa dengan seorang ulama besar di Madinah bernama Abu Hazim Salamah bin Dinar. Khalifah bertanya kepadanya: "Wahai Abu Hazim, apa sebab yang membuat kami takut mati?"

Abu Hazim menjawab, "Sebabnya adalah engkau telah memewahkan rumahmu di dunia, dan meruntuhkan rumahmu di akhirat. Maka kamu takut berpindah dari rumah yang mewah ke rumah yang runtuh."

Benar ucapan Abu Hazim ini. Setiap manusia memiliki dua tempat tinggal. Tempat tinggal yang pertama sedang ia diami di dunia, dan sifatnya hanya sementara sahaja. Dan rumah satu lagi akan ia duduki kelak selepas mati dan sifatnya kekal abadi selamanya.

Isnin, 18 Februari 2013

Ilmu Tahan Lapar dan Jaga Malam

Insya Allah dengan mengamal 2 asma Allah ini, anda akan mampu tahan berlapar dan kuat berjaga malam untuk qiamulail.

Jumaat, 15 Februari 2013

Ilmu Kantung Wang

Bagaimana untuk mendatangkan wang ke dalam kantung? Ilmu hikmah yang akan anda pelajari ini akan mengijazahkan kaedah-kaedah mendatangkan wang ke dalam kantung wang anda.

Buat kantung wang dari kain yang putih, kemudian lakukan ritual selama 14 hari berturut-turut dan letakkan kantung wang tersebut di bawah bantal.

Insya Allah hari terakhir anda akan menemukan wang dalam kantung tersebut dengan jumlah yang tidak sedikit.

Khamis, 14 Februari 2013

Semai Sifat Tawaduk Dalam Diri

Seseorang individu yang beriman pastinya akan memahami tentang tugasnya sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi. Setiap rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya, akan dianggap sebagai amanah yang perlu digunakan untuk kepentingan menjaga agama dan mentadbir dunia dengan agama. Anugerah Allah SWT tersebut hanyalah sementara dan tidak akan kekal selama-lamanya.

Harta yang banyak, pangkat yang tinggi dan rupa paras yang cantik hanyalah diberikan Allah sebagai ujian kepada manusia. Semua kenikmatan ini tidak akan dapat menjadi bekal untuk 'membeli' syurga melainkan sekiranya ia digunakan dengan mengikut landasan yang betul berdasarkan pertimbangan agama.

Isnin, 11 Februari 2013

Ilmu Kekayaan Melimpah

Insya Allah dengan mengamalkan asma Allah berikut, anda akan mendapat rezeki yang tidak terduga, lakukan selama 7 malam berturut-turut.

Antara amalan kerezekian untuk meraih kekayaan yang ampuh.

Jumaat, 8 Februari 2013

Ilmu Cara Mengambil Pusaka

Anda akan diijazahkan 2 amalan untuk mengambil pusaka. Lakukan amalan berikut selepas solat Isyak ditempat yang dipercayai mempunyai pusaka. Insya Allah, hasilnya amat lumayan.

Khamis, 7 Februari 2013

Waktu Mustajab Doa

Nabi SAW telah mengajar umat Baginda agar sentiasa menjaga adab-adab dalam berdoa. Ini adalah kerana doa merupakan sebuah permohonan dan permintaan yang dilakukan kepada Allah Yang Maha Esa.

Mana mungkin Allah SWT menerima sesuatu permintaan yang dibuat tanpa menggunakan bahasa yang terbaik, merendah diri dengan perasaan kehambaan dan pengharapan yang tinggi kehadrat-Nya.

Bahasa doa yang paling terbaik ialah dengan menggunakan bahasa yang ditunjukkan dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amati, doa-doa yang dikemukakan oleh al-Quran dan hadis amat ringkas tetapi padat. Ia tidak berjela-jela dan meleret-leret sehingga terkeluar daripada maksudnya yang sebenar.

Isnin, 4 Februari 2013

Ilmu Pengasih Agar Suami / Isteri / Kekasih Tetap Setia

Digunakan untuk membuatkan suami / isteri / isteri tetap setia dengan anda seumur hidup. Baca setiap selesai solat fardhu 5 waktu setiap hari / malam.

Ilmu pengasih al-hikmah yang sangat ampuh dan mujarab.

Jumaat, 1 Februari 2013

Ilmu Pukulan Penghancur Batu

Dengan hanya menggunakan tangan kosong, insya Allah anda mampu untuk menghancurkan batu / tembok batu dengan mudah sekali.

Baca 3x ayat berikut sewaktu hendak menggunakannya, gunakan pukulan nafas keras.